Sunday, 27 July 2025

Radio Era Sarawak diterima di Sabah pada frekuensi FM 101.3MHz dari Miri, Sarawak (Bukit Lambir)



Siaran radio Era Sabah mempunyai dua frekuensi di Negeri Sabah, iaitu FM 102.4MHz di Kota Kinabalu (Bukit Karatong) dan FM 103.0MHz di Sandakan (Bukit Trig).


Era Sabah and Era Sarawak mempunyai kandungan yang berbeza. 


Walaupun orang Sabah boleh mendengar siaran radio Era Sabah, tetapi di sesetengah kawasan, Era Sarawak boleh didengari pada frekuensi FM 101.3MHz dari Miri, Sarawak (Bukit Lambir).


Era FM Sarawak mempunyai frekuensi di Miri yang dipancar dari FM 101.3MHz, siaran radio ini boleh didengari di Miri, Bekenu, Niah, Marudi, dan sebahagian Brunei (Tutong, Kuala Belait dan Seria), tetapi terdapat seorang pendengar radio boleh menerima siaran Era FM Sarawak 101.3MHz di Tamparuli dan Tuaran.  Selain itu, Era FM Sarawak 101.3MHz boleh dikesan Jalan Keningau-Kimanis dan Jalan Kota Kinabalu - Tambunan.


Era FM Sarawak 101.3MHz dari Bukit Lambir ialah stesen radio yang paling jauh diterima di negeri Sabah dengan jarak 326km, terutamanya Tuaran dan Tamparuli.


Terdapat rakaman video penerimaan siaran radio Era FM Sarawak 101.3MHz di Sabah yang dimuatnaik oleh Kisah Alkisah di YouTube.


1. Tuaran (326km)


2. Tamparuli (326km)


3. Jalan Kimanis - Keningau

4. Jalan Kota Kinabalu - Tambunan


Penerimaan siaran radio Era FM Sarawak 101.3MHz di Sabah adalah bersifat troposfera.

No comments:

Post a Comment