Walaupun frekuensi Era FM Sabah di Sandakan 103.0MHz meliputi Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Pamol yang dipancar dari Bukit Trig, tetapi siaran Era FM Sabah masih boleh didengari di Lahad Datu dengan isyarat sederhana pada frekuensi yang sama, manakala isyarat lemah Era FM Sabah 103.0MHz masih boleh dikesan di Kunak yang terletak di antara Tawau dan Lahad Datu.
Terdapat seorang DXer dari Sabah, namanya Kisah Alkisah memuat naik video isyarat radio Era FM Sabah 103.0MHz di Lahad Datu dan Kunak ke laman YouTube.
Di sini terdapat dua video penerimaan isyarat radio Era FM Sabah 103.0MHz di Lahad Datu dan Kunak yang dimuat naik oleh Kisah Alkisah.
1. Lahad Datu (93km)
2. Kunak (130km)
Antara dua kawasan ini, siaran Era FM Sabah 103.0MHz dari Bukit Trig, Sandakan boleh didengari dengan sederhana di Lahad Datu, tetapi isyaratnya sangat lemah di Kunak.
Kuasa pemancar Era FM Sabah 103.0MHz di Bukit Trig ialah 2kW.
Pada pandangan saya, saya berfikir bahawa Era FM Sabah 103.0MHz tidak dapat diterima di Tawau dan Semporna. Ini kerana isyarat Era FM 103.0MHz sudah diterima dengan sangat lemah di Kunak, oleh itu Era FM 103.0MHz tidak mempunyai isyarat di Tawau, tetapi di kawasan Semporna, Era FM 103.0MHz mungkin tidak dapat diterima juga kerana ia bertindih dengan RTM Nasional FM 102.9MHz yang dipancar dari Felda Sahabat.
Untuk stesen radio kembarnya, Sinar FM 106.9MHz dari Bukit Trig tidak dapat diterima di Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna kerana Sinar FM 106.9MHz menggunakan pemancar kuasa rendah di Bukit Trig pada kekuatan 0.25kW.
No comments:
Post a Comment