Friday 18 September 2020

IKIM FM boleh "memasuki" negara Brunei dengan menambah pemancar di Bukit Mas, Sarawak (Limbang)

 

Pada masa ketika ini, Radio IKIM FM boleh didengari di sebahagian Brunei dengan frekuensi Miri pada FM 104.0MHz yang dipancar dari Tanjong Lobang.
 
Bandar Seri Begawan ialah ibu kota negara Brunei. Di bandar tersebut, siaran radio Malaysia masih boleh diterima di Brunei dari Bukit Mas, Sarawak (Limbang). Selain itu, Brunei adalah negara Islam di Asia Tenggara.
 
Pada pandangan saya, untuk menyasarkan pendengar Brunei (Bandar Seri Begawan), IKIM FM boleh memperluaskan siarannya ke kawasan Limbang dan negara Brunei dengan melancarkan satu pemancar di Bukit Mas. Jika IKIM FM mempunyai frekuensi Limbang, saya mempercayai bahawa terdapat persaingan baru bagi stesen radio Islamik antara Malaysia dan Brunei di negara tersebut.
 
Di negara Brunei, terdapat dua buah stesen radio Islamik iaitu RTB Nur Islam FM 93.3MHz dan Al-Quran Radio FM 89.1MHz. IKIM FM boleh bersaing dengan kedua-dua stesen radio tersebut.
 
==Cadangan mengenai IKIM FM untuk Brunei dan Limbang==
- Frekuensi: FM 105.6MHz atau FM 106.4MHz
- Kuasa pemancar: 2kW
- Tempat pemancar: Bukit Mas, Sarawak
- Kawasan liputan: Sarawak (Limbang & Lawas), Brunei, Sabah (Sindumin) dan sebahagian Labuan. 
 


 


No comments:

Post a Comment