Saturday, 9 November 2019

Hot FM ditukar frekuensi Kota Kinabalu kepada 87.5MHz


Stesen radio Melayu yang dimiliki oleh Media Prima, Hot FM kini telah ditukar frekuensi di Kota Kinabalu kepada 87.5MHz (tempat pemancar masih sama) sejak kebelakangan ini.

Di Kota Kinabalu, frekuensi asal Hot FM ialah 87.7MHz. Pada dua hari lalu, saya pergi ke Kota Kinabalu kerana saya mempunyai projek syarikat di Lawas, Sarawak. Saya membuat ujian isyarat FM radio apabila saya mendarat di Kota Kinabalu, saya menyedari bahawa Hot FM bersiaran pada frekuensi 87.5MHz, bukannya lagi 87.7MHz.

Saya sedang berfikir pada masa itu mengenai frekuensi baru Hot FM Kota Kinabalu. Sebelum ini, tiada stesen radio di Malaysia bersiaran pada frekuensi 87.5MHz (kecuali Langkawi FM 87.5MHz di Kuah) kerana terdekat dengan gelombang lain untuk tujuan bukan penyiaran. Hot FM boleh dikata stesen radio Malaysia yang pertama menggunakan frekuensi 87.5MHz.

Oleh itu, jika anda ingin mendengar siaran Hot FM di Kota Kinabalu, sila tala frekuensi kepada 87.5MHz.




No comments:

Post a Comment