RTM Kelantan FM ialah sebuah stesen radio negeri khas untuk Kelantan. Mengenai liputannya, Kelantan FM telah meliputi 85% kawasan di negeri tersebut dengan 6 frekuensi, iaitu:
- 102.9MHz dari Wakaf Che Yeh untuk Kota Bharu
- 97.3MHz dari Bukit Bakar untuk Kelantan Tengah (Machang)
- 90.0MHz dari Bukit Tangki Air untuk Jeli
- 107.1MHz dari Bukit Bintang untuk Kelantan Timur
- 92.0MHz dari Bukit Chupak untuk Gua Musang
- 88.1MHz dari FELDA Paloh untuk Paloh
Terdapat satu kawasan atau daerah di negeri Kelantan tidak dapat menerima siaran Kelantan FM, iaitu jajahan Lojing.
Kawasan Lojing ialah tempat yang amat sukar untuk memasang satu pemancar radio FM bagi Kelantan FM. Hal ini kerana Lojing ialah kawasan yang bertopografi dimana Lojing ialah tempat yang terlindung oleh banjaran tinggi yang menyebabkan isyarat siaran radio tidak dapat diterima situ. Untuk makluman, Lojing terletak di barat daya Kelantan, juga kawasan antara Gua Musang dan Tanah Tinggi Cameron. Biasanya anda akan melalui Lojing dulu apabila pergi Gua Musang dari Cameron Highlands.
Kelantan FM tidak dapat diterima di Lojing dengan 6 frekuensi yang sedia ada. Oleh itu, adakah menambah 1 pemancar di Gunung Brinchang, Cameron Highlands untuk meliputi Lojing, Kelantan boleh menyelesaikan masalah tersebut?
==Cadangan parameter Kelantan FM untuk Lojing==
* Frekuensi: FM 105.9MHz
* Kuasa: 1kW
* Tempat pemancar: Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Pahang
* Kawasan sasaran: Lojing, Kelantan
* Arah antenna: Timur laut dengan directional antenna
==RF analisa==
105.9MHz: Kelantan FM Gunung Brinchang
106.1MHz: Ai FM Bukit Larut
<200kHz, OK>
105.7MHz: Lite FM Gunung Ulu Kali
105.9MHz: Kelantan FM Gunung Brinchang
<200kHz, OK>
Liputan Kelantan FM di Lojing dari Gunung Brinchang |
Liputan Kelantan FM Gunung Brinchang di Kelantan Barat Daya |
Berdasarkan pada peta liputan Kelantan FM yang dipancar dari Gunung Brinchang di Lojing, hanya kawasan yang berdekatan dengan sempadan Pahang baru boleh menerima siaran Kelantan FM. Peta liputan Kelantan FM 105.9MHz Gunung Brinchang berdasarkan ketinggian antenna penerima radio sebanyak 10m. Secara keseluruhan, Lojing masih tidak dapat menerima Kelantan FM 105.9MHz dari Gunung Brinchang. Jika pemancar Kelantan FM 105.9MHz dipasang di Gunung Brinchang, pendengar Kelantan FM tidak akan menerima siaran tersebut dengan jelas di Lojing. Kalau menggunakan penerima radio yang murah dengan ketinggian antenna rendah, Kelantan FM tidak dapat diterima di Lojing secara teknikal.
- Penemuan: Tiada signal di Lojing dari Gunung Brinchang
- Cadangan seterusnya: Menggunakan tapak pemancar yang sesuai di Tanah Tinggi Lojing untuk meliputi Lojing, Kelantan
- Penemuan: Tiada signal di Lojing dari Gunung Brinchang
- Cadangan seterusnya: Menggunakan tapak pemancar yang sesuai di Tanah Tinggi Lojing untuk meliputi Lojing, Kelantan
Kesimpulannya, Lojing tidak boleh menerima siaran Kelantan FM jika stesen radio tersebut memasang pemancar di Gunung Brinchang. Oleh kerana itu, kemungkinan besar RTM atau pembina menara pemancaran perlu mencari kawasan yang sesuai untuk meliputi Lojing. Malangnya, setakat ini tiada tempat pemancar yang sesuai digunakan untuk meliputi Lojing, tidak kira menara selular di jajahan Lojing atau tidak.
Liputan Gunung Brinchang sebenarnya |
No comments:
Post a Comment