Gegar ialah sebuah stesen radio no.1 Pantai Timur oleh Astro Radio, kini ia sudah meliputi Kelantan Utara, Terengganu serta Pahang Timur. Pada pandangan saya, Gegar boleh memperluaskan siarannya ke Pahang Barat dengan memasang pemancar di Bukit Fraser.
Cadangan untuk memasang pemancar di Gunung Ulu Kali untuk Gegar tidak sesuai atas sebab lesen penyiaran Gegar berkongsi dengan Raaga stesen bahasa Tamil. Hal ini kerana Raaga 99.3 telah bersiaran di Gunung Ulu Kali pada 99.3MHz, saya mungkin percaya SKMM tidak membenarkan Gegar bersiaran di Gunung Ulu Kali sama sekali, sama isu di Kuantan Bukit Pelindung, Raaga dan Gegar tidak boleh bersiaran sama sekali di Bukit Pelindung kerana lesen penyiaran Radio Lebuhraya Sdn Bhd, dahulu dikenali Time Highway Radio, membahagi kepada dua stesen radio, Raaga untuk pantai barat, manakala Gegar untuk pantai timur, itu sebab Time Highway Radio sebelum masuk Astro memilih Gegar bersiaran di Kuantan daripada Raaga kerana orang Melayu lebih banyak daripada orang India di Pahang Timur, namun THR FM mendapati stesen Gegar boleh bersaing dengan Manis FM pada masa itu. Oleh itu, THR FM membuat penjemaan semula slot Gegar kepada stesen Melayu di Pantai Timur, manakala slot Raaga dijenamakan sebagai stesen radio Tamil di Pantai Barat. Selain itu, Gunung Ulu Kali tidak mempunyai frekuensi kosong pada masa sekarang.
Liputan utama Bukit Fraser ialah Raub, dan Kuala Lipis, tetapi penerimaan stesen radio Bukit Fraser masih jelas dan ok di kawasan Pahang lain seperti Temerloh, Chenor, Bentong, Karak, Bera, Mentakab dan Teriang.
RTM mempunyai empat stesen radio yang bersiaran di Bukit Fraser, iaitu Nasional FM 106.2MHz, Radio Klasik FM 90.9MHz, Ai FM 97.1MHz dan Pahang FM 102.2MHz, penambahan frekuensi di Bukit Fraser untuk RTM sebenarnya meliputi Raub dimana terlindung daripada liputan Gunung Ulu Kali. Di Temerloh, Bera, Teriang dan Chenor, stesen radio Bukit Fraser masih boleh diterima, manakala di Lebuhraya Pantai Timur dari Bentong Timur sehingga Chenor, penerimaan stesen radio RTM Bukit Fraser masih boleh didengari dengan jelas, walaupun kuasa pemancarnya 0.5kW.
Mengenai frekuensi Gegar Pahang Barat dari Bukit Fraser, sebelum ini saya mencadangkan FM 92.4MHz, tetapi Hot FM 92.4MHz dari Bukit Pelindung Kuantan diterima dengan jelas di Chenor, juga masih boleh diterima dalam keadaan yang stabil di Bera (walaupun kurang jelas). Penggunaan frekuensi FM 92.4MHz oleh Gegar di Bukit Fraser mungkin menyebabkan Gegar bakal diganggu oleh Hot FM 92.4MHz di Bera dan Chenor akibat pemancaran Hot FM 92.4MHz sangat kuat dari Bukit Pelindung.
Selain daripada FM 92.4MHz, frekuensi FM 107.9MHz boleh digunakan oleh Gegar di Bukit Fraser untuk Pahang Barat. Walaupun FM 107.9MHz adalah Radio Klasik di Bukit Pelindung untuk Kuantan dan Pekan, tetapi siaran Radio Klasik FM 107.9MHz tidak diterima di Pahang Tengah seperti Chenor. Oleh itu, penggunaan frekuensi FM 107.9MHz oleh Gegar adalah sesuai di Bukit Fraser.
Di samping itu, pemancaran Gegar FM 107.9MHz dari Bukit Fraser tidak akan membawa gangguan kepada liputan Rakita FM 107.9MHz Bukit Sungai Besi di Lembah Klang kerana liputan kedua-dua stesen radio tersebut adalah berbeza.
==Kawasan liputan FM 107.9MHz==
* Rakita FM Bukit Sungai Besi (dahulu dikenali sebagai IM4U FM): Lembah Klang
* Gegar FM Bukit Fraser: Pahang Barat (Raub, Bentong, Kuala Lipis, Temerloh, Karak, Lanchang, Chenor, Bera, Teriang)
==Cadangan saya mengenai siaran Gegar untuk Pahang Barat==
* Frekuensi: FM 107.9MHz
* Kuasa: 1kW
* Tempat pemancar: Bukit Fraser
* Kawasan liputan: Raub, Bentong, Kuala Lipis, Temerloh, Karak, Lanchang, Chenor, Bera, Teriang, FELDA Tembangau
Peta liputan siaran Gegar 107.9MHz dari Bukit Fraser (hijau 54dBuV/m dan ke atas) |
Dengan pemancar Bukit Fraser FM 107.9MHz, Gegar boleh bersaing dengan Manis FM 103.8MHz dari Bukit Senggora di kawasan Pahang Barat. Sebelum wujudnya Manis FM 103.8MHz di Bukit Senggora untuk Pahang Tengah, Gegar dan Manis FM telah mempunyai persaingan yang hebat di kawasan yang sedia ada.
Saya percaya bahawa pendengar Gegar di Pahang Barat yang sentiasa memandu di sekitar Lebuhraya Pantai Timur akan menerima siaran Gegar 107.9 dari Bentong Timur sehingga Chenor dengan jelas, mungkin penerimaan Gegar 107.9 dari Bukit Fraser akan lebih jelas dan luas daripada siaran radio RTM Bukit Fraser.
== RF analisa Gegar Bukit Fraser ==
107.5MHz: Pahang FM Gunung Ulu Kali
107.9MHz: Gegar Bukit Fraser
<400kHz, OK>
107.7MHz: Negeri FM Gunung Ledang
107.9MHz: Gegar Bukit Fraser
<200kHz, OK>
107.9MHz: Rakita FM Bukit Sungai Besi
107.9MHz: Gegar Bukit Fraser
<0kHz, OK>
107.9MHz: Gegar Bukit Fraser
107.9MHz: Radio Klasik Bukit Pelindung
<0kHz, OK>
Pencawang Bukit Fraser, lokasi di Hotel TM Sri Peninjau |
==Contoh RF analisa Lembah Klang dengan Bukit Fraser 0kHz/100kHz==
97.1MHz: Ai FM Bukit Fraser
97.2MHz: KL FM Kuala Lumpur Tower
<100kHz, OK>
CH12: TV3 Bukit Fraser
CH12: TV3 Bukit Sungai Besi
<0kHz, OK>
CH5: TV1 Bukit Fraser
CH5: TV1 KL Tower
<0kHz, OK>
CH8: TV2 KL Tower
CH8: TV2 Bukit Fraser
<0kHz, OK>
Secara kesimpulan, saya berharap Astro Radio akan mempertimbangkan untuk memperluaskan siaran Gegar ke Pahang Barat dengan memasang pemancar di Bukit Fraser, bagi membenarkan pendengar menerima siaran Gegar di Pahang Barat dengan melalui platform FM radio, dan juga bersaing dengan Manis FM.
97.1MHz: Ai FM Bukit Fraser
97.2MHz: KL FM Kuala Lumpur Tower
<100kHz, OK>
CH12: TV3 Bukit Fraser
CH12: TV3 Bukit Sungai Besi
<0kHz, OK>
CH5: TV1 Bukit Fraser
CH5: TV1 KL Tower
<0kHz, OK>
CH8: TV2 KL Tower
CH8: TV2 Bukit Fraser
<0kHz, OK>
Secara kesimpulan, saya berharap Astro Radio akan mempertimbangkan untuk memperluaskan siaran Gegar ke Pahang Barat dengan memasang pemancar di Bukit Fraser, bagi membenarkan pendengar menerima siaran Gegar di Pahang Barat dengan melalui platform FM radio, dan juga bersaing dengan Manis FM.
No comments:
Post a Comment