Tuesday, 27 November 2018

Kool FM masih boleh memperluaskan frekuensi ke Kuantan untuk melengkapkan liputan di Pantai Timur





Di wilayah Pantai Timur, Kool FM telah memperluaskan liputan ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu pada tahun 2016. Frekuensi Kuala Terengganu ialah 93.6MHz dari Bukit Besar dilancarkan pada Jun 2016, manakala Kota Bharu FM 88.6MHz dari Peringat dilancarkan pada Oktober 2016 bersama dengan Alor Setar 107.3MHz yang terletak di wilayah utara Semenanjung Malaysia.

Kool FM masih belum mempunyai frekuensi Kuantan sampai sekarang. Kuantan hanya ialah kawasan Pantai Timur yang belum mempunyai liputan siaran Kool FM.

Setakat ini, saya memahami bahawa spektrum frekuensi di Semenanjung Malaysia sangat sesak, terutama Pantai Barat. Oleh itu, pemohonan spektrum frekuensi memang susah jika penuh. Sebelum ini, saya mengulas tentang Kool FM di wilayah selatan seperti Melaka, Johor dan Negeri Sembilan, serta wilayah utara Taiping Perak dengan mengemukakan pandangan saya (penerangan asas). Walaupun terdapat juga frekuensi kosong (berdasarkan pada "frequency scanning"), frekuensi tersebut boleh dijamin guna kerana boleh membawa gangguan kepada stesen radio lain yang sedia ada. Tambahan pula, jika ada siaran radio memperluaskan siaran ke kawasan koordinat antarabangsa dimana berhampiran dengan negara jiran seperti Thailand, Singapura, Brunei, dan Indonesia, ia boleh membawa gangguan siaran kepada liputan negara jiran apabila menggunakan frekuensi yang tidak sesuai, oleh itu pendengar siaran radio yang terlibat akan marah. Contoh: Negara Indonesia, dimana terdapat stesen radio Gunung Ledang berkongsi frekuensi dengan stesen radio Indonesia dari Bengkalis dan Dumai.

Gangguan siaran radio terhadap negara jiran juga boleh mengancam kedaulatan negara tersebut. (Rujukan: https://www.kominfo.go.id/content/detail/10706/jaga-kedaulatan-indonesia-melalui-frekuensi-radio/0/berita_satker)

Abaikan frekuensi Kool FM wilayah selatan dan Perak, tiada frekuensi setakat ini, oleh itu saya tidak akan mengulas lagi. Kembali kepada topik asal, iaitu Kool FM di wilayah Pantai Timur, Kuantan.

Pada pandangan saya, Kool FM perlu memperluaskan liputan siarannya ke Kuantan untuk melengkapkan liputan siaran Kool FM di Pantai Timur. Wilayah Pantai Timur mempunyai tiga bandaraya utama, iaitu Kuantan di Pahang, Kuala Terengganu di Terengganu dan Kota Bharu di Kelantan. Kool FM telah mempunyai frekuensi Kuala Terengganu 93.6, dan Kota Bharu 88.6, cuma Kuantan belum ada lagi.

Sebenarnya Kuantan mempunyai banyak frekuensi kosong, berbanding dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Bukit Pelindung ialah tempat pemancaran siaran TV dan radio untuk Kuantan dan Pahang Timur, saya tidak jelas terhadap menara pemancar Bukit Pelindung masih ada ruang untuk memasang pemancar atau tidak, tetapi tertakluk kepada pihak telekommunikasi. 

Bayangkan jika Kool FM berjaya memperluaskan ke Kuantan dengan memasang pemancar di Bukit Pelindung, pendengar bukan hanya sahaja mengikuti siaran ini di Kuantan dan Pantai Timur,  tetapi pendengar di Terengganu Selatan seperti Chukai, Kemaman, Kijal, Cerul, Cheneh dan Kemasik boleh menerima siaran Kool FM dimana kawasan tersebut tidak dapat menerima 93.6 dari Bukit Besar. Di samping itu, liputan Kool FM di bandar dalam negeri Terengganu akan dilengkapi sepenuhnya.

==Kool FM Terengganu==
* 93.6MHz Bukit Besar: Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Setiu dan Dungun Utara
* 88.6MHz TV3 Peringat: Kuala Besut dan Jerteh
* Bukit Pelindung: Kemaman, Kijal, Kemasik, Cerul, Chukai dan Cheneh

Kesimpulannya, saya harap Kool FM akan memperluaskan siaran ke Kuantan secepat mungkin bagi melengkapkan liputan di Pantai Timur.

==Frekuensi kosong di Bukit Pelindung untuk Kuantan 2018== (berdasarkan pada jadual spektrum dan "frequency scanning")

* 96.5MHz
* 98.5MHz
* 101.6MHz
* 102.2MHz
* 106.5MHz

No comments:

Post a Comment