Best FM boleh didengari di sebahagian besar Negeri Sembilan pada frekuensi FM 94.8MHz dari Gunung Ledang atau FM 104.1MHz dari Gunung Ulu Kali, bergantung kepada kawasan.
Pada tahun 1988, Best FM (Best 104) dilancar hanya di negeri Johor dengan FM 104.1MHz Gunung Pulai untuk Johor Selatan, Singapura, dan Kepulauan Riau, FM 94.8MHz Gunung Ledang untuk Johor Utara, Melaka, Negeri Sembilan serta 102.5MHz Bukit Tinggi untuk Endau dan Johor Timur.
Mengenai FM 94.8MHz Gunung Ledang, kuasa pemancarannya dulu ialah 10kW, pemancarannya bukan sahaja meliputi Johor Utara, Melaka, dan Negeri Sembilan Selatan, ia juga boleh memancar sampai kawasan Selangor Selatan, Seremban, dan sebahagian besar kawasan Pahang sebelum Hitz FM dilancar pada tahun 1997.
Sejak Hitz FM telah dilancarkan pada tahun 1997, frekuensi Seremban dilancar juga pada FM 95.0MHz dari Gunung Telapak Burok yang meliputi Seremban dan Negeri Sembilan. Penerimaan Best FM 94.8MHz Gunung Ledang mula diganggu oleh Hitz FM 95.0MHz di Seremban, manakala FM 104.1MHz Gunung Ulu Kali tidak jelas di situ.
Secara umumnya, stesen radio di Seremban menerima signal dari Gunung Telapak Burok yang strategik. Pemancaran Gunung Telapak Burok boleh meliputi banyak kawasan Negeri Sembilan seperti Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol Tengah, Rembau dan Port Dickson, juga Melaka barat laut dan Selangor Selatan.
Di Seremban, penerimaan Best FM 94.8MHz dan 104.1MHz memang lemah, terutama kawasan bandaraya. Jika menggunakan penerima radio yang biasa untuk mendengar Best FM, ia memang ada ganggu apabila tala kepada 94.8MHz kerana terlalu dekat kepada Hitz FM 95.0MHz yang meliputi Seremban.
Untuk menyelesaikan masalah penerimaan ini, beberapa cadangan dan pandangan boleh dikemukakan.
Cadangan 1: Oleh kerana Best FM menggunakan FM 94.8MHz Gunung Ledang lebih awal daripada Hitz FM 95.0MHz Gunung Telapak Burok, Astro perlu tukar frekuensi Hitz FM 95.0MHz Gunung Telapak Burok kepada FM 95.1MHz, tetapi cadangan ini tidak lojik kerana Seremban bukan kawasan liputan Gunung Ledang. Tambahan pula, kebanyakan kawasan Seremban tidak akan menerima siaran radio dari Gunung Ledang, namun signal Gunung Ledang boleh diganggu oleh Gunung Ulu Kali yang boleh meliputi kawasan Negeri Sembilan Utara seperti Nilai, Mantin dan Labu jika status pengagihan frekuensi ialah 0kHz, atau 100kHz... Selain itu, cadangan penukaran frekuensi Hitz FM Gunung Telapak Burok kepada FM 95.1MHz boleh menyebabkan gangguan kepada liputan Manis FM Bukit Pelindung 95.1MHz. Hitz FM 95.1MHz Gunung Telapak Burok juga boleh diganggu oleh Manis FM 95.1MHz Bukit Pelindung di kawasan Jempol Utara yang berhampiran dengan Kemayan Pahang. Minima jarak frekuensi antara Bukit Pelindung dan Gunung Telapak Burok perlu 100kHz bagi mengelakkan gangguan.
Status: Cadangan tidak sesuai diusulkan
Cadangan 2: Best FM menambah kuasa 104.1MHz Gunung Ulu Kali kepada 5 atau 10kW untuk Seremban. Secara teknikal, bukan semua kawasan Seremban akan menerima siaran Best FM 104.1MHz dari Gunung Ulu Kali. Pada masa ketika saya berada di Seremban, saya dengar Best FM pada 104.1MHz, ada kawasan Seremban tidak boleh menerima siaran tersebut, macam diganggu oleh telekomunikasi lain, terutama di Jalan Sungai Ujong dan simpang keluar tol Mambau.
Status: Cadangan tidak sesuai diusulkan
Cadangan 3: Best FM menambah satu pemancar untuk kawasan Seremban. Mengenai tempat pemancarnya, Best FM boleh meletakkan tempat pemancarnya sama ada Bukit Gun atau Gunung Telapak Burok.
==Status analisa RF Best FM yang sedia ada di Seremban==
94.8MHz: Best FM Gunung Ledang
95.0MHz: Hitz FM Gunung Telapak Burok
<200kHz, Best FM tidak sesuai meliputi Seremban dengan pemancar Gunung Ledang akibat tindih dengan Hitz FM>
104.1MHz: Best FM Gunung Ulu Kali
104.3MHz: Hot FM Gunung Ledang
<200kHz, OK, tetapi Best FM 104.1MHz mengalami masalah gangguan oleh alat telekomunikasi lain>
Mengenai frekuensi kosong di Gunung Telapak Burok, tiada frekuensi yang sesuai boleh dicadangkan untuk Best FM. Tambahan pula, Best FM boleh diterima dengan jelas di kawasan lain Negeri Sembilan selain daripada Seremban. Oleh itu, Bukit Gun ialah tempat pemancar cadangan untuk Seremban.
==Cadangan frekuensi Best FM==
Frekuensi: FM 101.1MHz
Kuasa: 0.25kW
Tempat pemancar: TM Bukit Gun
Koordinasi: 2°42'44.0"N 101°55'51.5"E
Ketinggian: 130 meter (+/-)
== RF analisa Best FM Seremban==
100.9MHz: Selangor FM Gunung Ulu Kali
101.1MHz: Best FM Bukit Gun
<200kHz, OK>
101.1MHz: Best FM Bukit Gun
101.3MHz: Kool FM Bukit Sungai Besi
<200kHz, OK>
101.1MHz: Best FM Bukit Gun
101.5MHz: THR Raaga Gunung Telapak Burok
<400kHz, OK>
101.1MHz: Best FM Bukit Gun
101.1MHz: MY FM Bukit Pelindung
<0kHz, OK>
101.1MHz: Best FM Bukit Gun
101.1MHz: Minnal FM Gunung Pulai
<0kHz, OK>
==Peta liputan Best FM Bukit Gun 101.1MHz==
Jika pada suatu masa Kool FM 101.3MHz dipancar dari Gunung Ulu Kali, Best FM 101.1MHz Bukit Gun masih ok lagi kerana ia hanya untuk Seremban dan kawasan sekitarnya. Jika Best FM 101.1MHz Bukit Gun mula diganggu oleh Selangor FM 100.9MHz dan Kool FM 101.3MHz dari Ulu Kali di kawasan Labu, Mantin dan Lenggeng, pendengar di kawasan tersebut boleh tala Best FM kepada 104.1MHz Gunung Ulu Kali yang jelas, tetapi kemungkinan Kool FM tidak dapat dipancar di Gunung Ulu Kali lagi pada 101.3MHz pada masa kini akibat gangguan kepada stesen radio lain.
Dengan frekuensi Seremban Best FM, pendengar Best FM boleh menerima siaran dengan lebih jelas pada FM 101.1MHz dari Bukit Gun. Justeru, pendengar Best FM boleh mendengar sampai kawasan Tanjong Ipoh, Pedas, Siliau, Ulu Klawang dan Labu.
Cadangan Best FM 101.1MHz Bukit Gun hanya untuk kawasan bandar Seremban dan kawasan berhampiran sahaja. Bagi kawasan lain Negeri Sembilan, Best FM boleh diterima dengan jelas sama ada 94.8MHz atau 104.1MHz yang tersenarai di bawah ini.
==Best FM Negeri Sembilan==
- FM 104.1MHz (Gunung Ulu Kali): Nilai, Mantin, Bandar Enstek, Port Dickson, Lukut, Simpang Durian, Lenggeng, Teluk Kemang
- FM 94.8MHz (Gunung Ledang): Rembau, Linggi, Tampin, Kuala Pilah, Batu Kikir, Juasseh, Seri Menanti, Simpang Pertang, Bahau, Bandar Seri Jempol, Kampung Sungai Lui, Rompin, Johol, Gemencheh, Gemas, Pekan Dangi, FELDA Kepis, Kuala Klawang, Titi
- FM 101.1MHz (Bukit Gun; cadangan): Seremban, Senawang, Pantai, Labu, Silliau, Bandar Springhills, Mambau, Pedas, Ulu Klawang, Ulu Bendul dan Tanjong Ipoh
FM 101.1MHz tidak sesuai dipancar dari Gunung Telapak Burok kerana boleh menyebabkan gangguan kepada liputan stesen radio lain. Di sini, terdapat analisa yang boleh menyebabkan gangguan.
== Best FM Gunung Telapak Burok gangguan==
100.9MHz: Selangor FM Gunung Ulu Kali
101.1MHz: Best FM Gunung Telapak Burok
Status: 200kHz, tidak OK. Selangor FM 100.9MHz diganggu oleh Best FM 101.1MHz Telapak Burok di kawasan Selangor Selatan.
101.1MHz: Best FM Gunung Telapak Burok
101.3MHz: Kool FM Bukit Sungai Besi
Status: 200kHz, tidak OK. Kool FM 101.3MHz akan diganggu teruk oleh Best FM 101.1MHz Telapa Burok di kawasan Selangor Selatan dan juga Lembah Klang. Nota: Kool FM 101.3MHz juga jarak 200kHz dengan THR Raaga Gunung Telapak Burok 101.5MHz.
101.1MHz: Best FM Gunung Telapak Burok
101.1MHz: MY FM Bukit Pelindung
Status: 0kHz, tidak OK. Boleh menyebabkan Co-channel interference di Pahang Timur dimana kawasan liputan My FM 101.1MHz Bukit Pelindung.
101.1MHz: Best FM Gunung Telapak Burok
101.1MHz: Minnal FM Gunung Pulai
Status: 0kHz, tidak OK. Boleh menyebabkan co-channel interference kepada liputan Minnal FM 101.1MHz Gunung Pulai terutama di Batu Pahat, Kluang dan Parit Raja.
No comments:
Post a Comment