Sunday 18 June 2017

THR Gegar Pahang Tengah (Bukit Senggora) analisa 2017




Untuk kawasan Pahang, THR Gegar hanya bersiaran di Bukit Pelindung untuk Kuantan, Gambang, Sri Jaya, Maran, Chini, Muadzam Shah, dan Pekan pada frekuensi FM 88.8MHz.
2 tahun lepas, saya pernah membuat cadangan mengenai THR Gegar untuk Pahang Tengah dari Bukit Senggora. Dari segi nilai komersil, Bukit Senggora tiada nilai komersil, berbanding dengan Bukit Pelindung. Liputan utama Bukit Senggora ialah Maran, Sri Jaya dan Chenor. Pada masa kini, RTM hanya ada pemancar di Bukit Senggora, manakala stesen radio swasta di kawasan Maran, Sri Jaya dan Chenor perlu menerima signal sama ada dari Gunung Ulu Kali (Genting Highlands) atau Bukit Pelindung (Kuantan). Antara dua tempat pemancar radio, penerimaan Gunung Ulu Kali lebih jelas daripada Bukit Pelindung di Maran, dan Chenor.

Chenor masih boleh menerima siaran radio dari Gunung Telapak Burok (Negeri Sembilan), selain daripada Gunung Ulu Kali yang jelas.

Saya tidak boleh menjamin bahawa Bukit Senggora boleh meliputi Temerloh, Mentakab dan Lanchang atau tidak kerana saya tidak dapat menerima siaran radio dari Bukit Senggora (terutama RTM Pahang FM 92.0MHz) di Temerloh, Bera, Teriang dan Mentakab pada Oktober 2016.

Pada Ogos 2015, saya pernah menghantar cadangan kepada pihak Astro Radio untuk melancarkan frekuensi THR Gegar di Pahang Tengah (Maran, Chenor, Jengka, Temerloh, Bera, Lanchang & Mentakab). Saya telah diberitahui bahawa tiada frekuensi yang sesuai boleh digunakan di Bukit Senggora.

Selepas saya mengadakan perjalanan di Pahang pada Oktober 2016, saya sedar bahawa kawasan Pahang Tengah seperti Temerloh, Jengka, Chenor dan Bera masih boleh menerima siaran radio dari Gunung Telapak Burok dan Gunung Ledang yang jauh, namun penerimaan siaran radio dari Gunung Ledang dan Telapak Burok masih jelas di kawasan tersebut serta menunjukkan isyarat "STEREO" )))ST(( pada alat penerima radio.

Pada tahun Oktober 2016, saya buat satu analisa Bukit Senggora dengan dua frekuensi, iaitu 100.7MHz dan 104.4MHz. Saya mendapati dua frekuensi ini dari Bukit Senggora boleh diganggu oleh stesen Gunung Ledang dan Gunung Telapak Burok di kawasan Temerloh dan Bera.

==Analisa yang didapati gagal atau kurang sesuai==

100.6MHz: My FM Gunung Telapak Burok
100.7MHz: THR Gegar Bukit Senggora
<100kHz>

104.3MHz: Hot FM Gunung Ledang
104.4MHz: THR Gegar Bukit Senggora
<100kHz>

Untuk makluman, pemancaran Gunung Ledang boleh didapati dengan jelas di sebahagian besar Pahang Selatan dan Tengah seperti Kemayan, Mengkarak, Teriang, Bandar Bera, Temerloh, Keratong (Bandar Tun Abdul Razak), Mentakab dan Muadzam Shah. Jika THR Gegar 104.4MHz diguna di Bukit Senggora, ia boleh menyebabkan gangguan kepada liputan Hot FM 104.3MHz Gunung Ledang di Kemayan, juga Negeri Sembilan Timur Laut seperti FELDA Sungai Lui, FELDA Palong dan Jempol. Nota: Gunung Telapak Burok tidak jelas di FELDA Sungai Lui.

Kesimpulannya, THR Gegar kurang sesuai melancarkan frekuensinya di Bukit Senggora untuk Pahang Tengah di atas sebab bawah:

- Tiada nilai komersil kerana pemancaran terutamanya untuk Maran, Chini, Sri Jaya, dan Chenor
- Tiada frekuensi yang sesuai digunakan, walaupun ada yang kosong. Kemungkinan boleh menyebabkan gangguan dengan stesen lain (terutama Gunung Telapak Burok dan Gunung Ledang) antara satu sama lain
- Pemancaran THR Gegar di Pahang yang tersedia ada FM 88.8MHz dari Bukit Pelindung Kuantan boleh diterima sampai Sri Jaya dan sebahagian kawasan Maran. Terdapat beberapa kawasan Maran boleh menerima siaran THR Gegar 88.8MHz, oleh itu pemancar THR Gegar di Bukit Senggora tidak diperlukan.
- Tidak boleh jamin Bukit Senggora boleh dipancar ke Temerloh dimana kawasan ini agak padat di Pahang.
- Tiada mana-mana stesen TV dan radio swasta melancarkan frekuensi di Bukit Senggora, namun TV3 yang terkenal di Malaysia juga tiada pemancar Bkt Senggora.

Kawasan liputan Bukit Senggora (pada 5kW):

No comments:

Post a Comment