Pada masa kini, kawasan Pahang Tengah dan Barat seperti Maran, Jengka, Temerloh, Bera belum menerima siaran THR Gegar. Terdapat satu tempat pemancar radio terletak di Pahang Tengah, iaitu Bukit Senggora, Maran.
Untuk meliputi kawasan Temerloh, Bera dan sebahagian Pahang Barat dari Bukit Senggora dengan field strength sekurang 54dBuV/m (STEREO) dan 48dBuV/m (MONO).
==Parameter THR Gegar untuk Pahang Tengah dan sebahagian Pahang Barat==
Frekuensi: 100.7MHz
Tempat pemancar: Bukit Senggora
Kuasa diuji dengan: 3.5kW, 5kW
Ketinggian: 215m
Antenna gain: 6.4dBi
Berdasarkan pada peta liputan di atas, THR Gegar Bukit Senggora FM 100.7MHz pada kuasa 5kW lebih luas daripada 2kW dan 3.5kW. THR Gegar Bukit Senggora FM 100.7MHz boleh memancar sehingga kawasan Karak dan Lanchang pada 5kW, tetapi penerimaannya lemah, manakala Temerloh dan Mentakab boleh menerima siaran THR Gegar dalam STEREO.
Secara asasnya, Bukit Senggora tiada nilai komersil kepada pihak penyiaran swasta, tetapi liputannya lebih luas daripada Bukit Istana, Bukit Botak dan Bukit Sulai. THR Gegar mungkin ada nilai komersil di Pahang Tengah dan Barat (Bukit Senggora), berbanding dengan Era dan Sinar.
Sinar FM dan Era FM boleh diterima di Maran, Jengka, Temerloh pada 96.7MHz dan 103.3MHz dari Gn Ulu Kali masing-masing.
Secara keseuluruhnnya, Bukit Senggora adalah tempat sesuai untuk meliputi Pahang Tengah dan Barat, tetapi kuasa 5kW diperlukan.
No comments:
Post a Comment