Thursday, 18 February 2016

THR Gegar untuk Pahang Tengah dan sebahagian Pahang Barat



Pada masa kini, THR Gegar bersiaran di Pahang pada frekuensi 88.8MHz dari Bukit Pelindung, tetapi kawasan liputan hanya untuk Kuantan, Pekan dan sebahagian daerah Rompin.

Kawasan liputan THR Gegar 88.8MHz di Pahang:

- Kuantan
- Gambang
- Cherating
- Kuala Pahang
- Pekan
- Muadzam Shah
- Kuala Rompin

Manakala di kawasan lain negeri Pahang, kebanyakan kawasan tidak dapat menerima siaran THR Gegar akibat jarak jauh dan di luar kawasan liputan 88.8MHz. Kawasan Maran, Temerloh, Jengka, Mentakab, Lipis, Bentong, Jerantut, dan Lanchang memang tidak boleh menerima.

Secara asasnya, THR Gegar boleh menambah pemancar di Gunung Ulu Kali untuk kawasan Pahang Barat, tetapi terdapat berberapa masalah dialaminya:

1. Frekuensi Gunung Ulu Kali telah penuh
2. Status lesen penyiaran THR Gegar tidak meliputi Pantai Barat, akibat stesen bahasa Tamil THR Raaga sudah berada di Gunung Ulu Kali.
3. Status lesen penyiaran THR.FM hanya satu sahaja, iaitu Raaga untuk Pantai Barat, Gegar untuk Pantai Timur.
4. Kapasiti menara pemancar Gunung Ulu Kali telah penuh.

Untuk meliputi kawasan Pahang Tengah dan sebahagian Pahang Barat, THR Gegar perlu menambah 1 pemancar lagi di Bukit Senggora, Maran.

Bukit Senggora banyak frekuensi kosong... 100.7MHz ialah terbaik.

==Cadangan parameter THR Gegar Bukit Senggora==
Frekuensi: FM 100.7MHz
Kuasa: 2kW
Kawasan liputan: Maran, Temerloh, Jengka, Mentakab dan sebahagian daerah Bera/Jerantut/Bentong

==Analisis THR Gegar 100.7MHz Bukit Senggora==
1. Gunung Ulu Kali: 200kHz (100.9MHz, OK)
2. Gunung Telapak Burok: 100kHz (100.6MHz, OK)
3. Gunung Ledang: 200kHz (100.9MHz, OK)
4. Bukit Pelindung: 300kHz (100.4MHz, OK)
5. Bukit Bauk: 0kHz (100.7MHz, OK)

Dengan frekuensi Bukit Senggora THR Gegar FM 100.7MHz, kawasan Temerloh boleh menerimanya asalkan kuasanya tinggi. Kawasan Karak, Bentong, Raub boleh dapat sikit, atau sebaik mungkin seperti menerima Ikim FM di Georgetown pada 102.7Mhz dari Bukit Genting, Balik Pulau yang kurang jelas.

THR Gegar 100.7MHz Bukit Senggora mempunyai 200kHz jarak dengan Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali, tiada gangguan yang teruk di Pahang Tengah kerana Selangor FM 100.9MHz untuk Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

Pada Mei 2015, saya pergi ke Bukit Fraser. Apabila saya balik ke Kuala Lumpur dengan melalui jalan Raub dan Bentong, saya boleh menerima sedikit signal Bukit Senggora (guna sampel 92.0, 90.4, 91.2, 87.9 dan 89.6) di Bentong dan jalan Bukit Fraser-Raub. Bukit Senggora mungkin ialah tempat yang terbaik bagi THR Gegar untuk Pahang Tengah dan sedikit kawasan Bentong/Raub/Karak.




2 comments:

  1. Kalo 100.7 dr Bkt Senggora...KL Selangor mmg x akan dpt dgr Siaran THR Gegar ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit Senggora tidak akan sampai KL Selangor.

      Bukit Senggora hanya untuk Pahang Tengah seperti Temerloh dan Maran.

      Delete