Setakat ini, THR Gegar bersiaran di Pantai Timur dengan tiga pemancar, iaitu:
1. Bukit Pelindung untuk Kuantan, Kemaman, Pekan, Muadzam Shah pada 88.8MHz
2. Bukit Jerung untuk Kuala Terengganu pada 106.8MHz
3. Bukit Panau untuk Kota Bharu, Kelantan Utara dan Besut Terengganu.
Di beberapa kawasan Pantai Timur, ada kawasan yang tidak dapat menerima siaran THR Gegar, iaitu:
1. Maran
2. Dungun
3. Temerloh
4. Jengka
5. Gua Musang
Pada pandangan saya, Astro Radio boleh menambah 3 pemancar lagi untuk THR Gegar di Pantai Timur, iaitu:
1. Bukit Senggora (untuk Pahang Tengah seperti Maran, Chenor, Jengka, Temerloh). Masih boleh didengari di Mentakab, dan beberapa bahagian daerah Bera, tetapi kurang jelas.
2. Bukit Bauk (untuk Dungun dan Kemaman)
3. Bukit Chupak (untuk Gua Musang)
Di sini terdapat juga beberapa frekuensi yang sesuai digunakan:
==THR Gegar Pahang Tengah==
Frekuensi: 100.7MHz
Kuasa: 2kW
Tempat pemancar: Bukit Senggora, Maran
Kawasan liputan: Temerloh, Maran, Jengka, Chenor, Chini, Mentakab
100.4MHz: one FM Bukit Pelindung
100.7MHz: THR Gegar Bukit Senggora
Keputusan: 300kHz, OK
100.7MHz: THR Gegar Bukit Senggora
100.9MHz: Selangor FM Gunung Ulu Kali
Keputusan: 200kHz, OK.
==THR Gegar Bukit Bauk==
Frekuensi: 96.4MHz
Kuasa: 2kW
Tempat pemancar: Bukit Bauk
Kawasan liputan: Dungun dan Kemaman
==THR Gegar Bukit Chupak==
Frekuensi: 107.7MHz
Kuasa: 2kW
Tempat pemancar: Bukit Chupak
Kawasan liputan: Gua Musang dan Kelantan Selatan
No comments:
Post a Comment