Di Kuala Rompin, Pahang, RTM Johor FM masih boleh didengari pada frekuensi 92.1MHz dari pemancar Bukit Tinggi yang meliputi Mersing, Endau, Jemaluang dan Pantai Timur Johor.
Pada tahun 2022 dan 2023, saya telah merakam video isyarat radio Johor FM 92.1MHz di Kuala Rompin, Pahang. Pada masa itu, saya tidak merakam isyarat frekuensi FM 105.3MHz di Kuala Rompin kerana saya memberi lebih perhatian kepada FM 92.1MHz. Johor FM 105.3MHz pun bercampur-baur dengan Suria FM sebelum pemancar Gunung Ledang dinaiktaraf pada Jun 2025.
Walaupun siaran Johor FM 92.1MHz masih boleh didengari dengan sederhana di Kuala Rompin, tetapi ia diganggu hebat oleh Pahang FM 91.9MHz akibat jarak frekuensi antara Pahang FM 91.9MHz dan Johor FM 92.1MHz ialah 200kHz.
Pahang FM 91.9MHz dipancar dari TM Kuala Rompin, meliputi Kuala Rompin dan Nenasi.
Apabila Johor FM 92.1MHz diganggu oleh Pahang FM 91.9MHz di Kuala Rompin, pendengar Johor FM di kawasan tersebut boleh mendengar siaran radio ini secara alternatif pada frekuensi FM 105.3MHz yang dipancar dari Gunung Ledang pada masa sekarang kerana sistem pemancar Johor FM 105.3MHz di Gunung Ledang telah dinaiktaraf pada Jun 2025, isyarat adalah sederhana di Kuala Rompin.
Terima kasih kepada Mu'izz untuk merakam video isyarat radio RTM Johor FM 105.3MHz di Kuala Rompin, jarak dari Gunung Ledang ialah 110km.


































