Beberapa bulan lepas, RTM melancarkan dua buah stesen radio pada frekuensi gelombang pendek, iaitu Nasional FM dan Sabah VFM, khususnya untuk kawasan pedalaman di Malaysia, terutamanya Sabah dan Sarawak dimana ada kawasan tidak mempunyai liputan pemancar FM.
Walaupun RTM Nasional FM pada SW 15295kHz meliputi kawasan pedalaman di Malaysia yang tiada liputan dari pemancar FM, tetapi stesen ini suka didengari oleh pendengar antarabangsa di luar negara, terutamanya peminat radio (DXer).
Tahukah anda? RTM Nasional FM boleh diterima di Jepun dan yang terkini Korea Selatan pada frekuensi SW 15295kHz.
Jika kamu menonton video penerimaan siaran Nasional FM SW 15259kHz di YouTube, terdapat banyak video yang dirakam oleh pendengar di Jepun sebenarnya seperti Yokohama dan Tokyo, tetapi stesen radio ini juga boleh diterima pada frekuensi yang sama di Korea Selatan.
Ini juga kali pertama saya melihat rakaman video penerimaan siaran RTM Nasional FM 15295kHz oleh pendengar dari Korea Selatan. Menurutnya, Nasional FM SW 15295kHz diterima di Yangpyeong, sebuah kaunti Gyeonggi-Do, ia terletak sejauh 54km timur dari Seoul, ibu negara Korea Selatan.
Isyarat RTM Nasional FM SW 15295kHz masih jelas didengari di Jepun dan Korea Selatan.
Untuk mendengar siaran RTM Nasional FM pada SW 15295kHz di negara antarabangsa, waktu siarannya ialah 0000 jam sehingga 1200 jam (UTC).
Di sini terdapat rakaman video RTM Nasional FM SW 15295kHz yang diterima di Jepun dan Korea Selatan oleh peminat radio.
==Jepun (Yokohama dan Tokyo)==
==Korea Selatan (Yangpyeong)==
Untuk makluman, saya akan cuba menerima isyarat siaran radio RTM Nasional FM SW 15295kHz di Seoul dan Incheon, Korea Selatan pada bulan September 2026. Nantikan perkembangan terkini di Philip DXing Log.

No comments:
Post a Comment