Sunday 18 August 2024

RTM Kelantan FM harus memainkan peranan penting dengan mesej kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan dan melawan fitnah jahat PAS supaya Kelantan ada perubahan.

Negeri Kelantan telah diperintah oleh PAS selama 34 tahun sejak 1990, tetapi kemajuan negeri Kelantan semakin berundur sejak kebelakangan ini, disebabkan oleh salah urus kerajaan negeri tersebut. Bekalan air yang kotor dan aktiviti pembalakan yang tidak dikawal selalu berlaku.


Walaupun masalah ini selalu berlaku di Kelantan dan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri, tetapi mereka masih menyokongnya atas sebab mereka termakan propaganda jahat oleh parti tersebut.


Untuk memajukan Kelantan, perubahan terhadap kerajaan negeri harus diperlukan. Oleh itu, penerangan itu sangat penting untuk melakukan sebarang perubahan. 

 

Pada 17hb Ogos 2024, calon pembangkang negeri Kelantan daripada Barisan Nasional (BN) telah menang dalam PRK DUN Nenggiri. Sebelum ini, DUN Nenggiri dimiliki oleh Perikatan Nasional (PN). Dari tahun 2023 sehingga kini, inilah kali pertama berlakunya perubahan parti politik dalam pilihan raya kecil daripada PN kepada BN.


Selain daripada media sosial, sebenarnya radio memainkan peranan penting kepada rakyat dengan memberi penerangan. Membetulkan minda rakyat tempatan negeri Kelantan dengan platform radio harus diutamakan supaya orang tempatan boleh memberi penerangan betul dengan melalui radio kepada anak perantau supaya anak perantau tidak terus termakan fitnah jahat.

Sebagai salah satu buah stesen radio negeri RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia (kerajaan pusat), RTM Kelantan FM harus memainkan lebih peranan yang penting untuk rakyat tempatan di negeri Kelantan.

 

RTM Kelantan FM harus melakukan penerangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan dengen lebih konsisten supaya memberi kesedaran kepada orang ramai. Kelantan FM boleh mengadakan kandungan progresif di programnya. Di samping itu, rakyat Kelantan boleh menyedari bahawa apa kejayaan telah dilakukan oleh kerajaan pusat yang diperintah oleh Parti Perpaduan (PH + BN + GPS + GRS) dengan polisinya.

 

Selain daripada hiburan, informasi dan berita, RTM Kelantan FM boleh dijadikan stesen radio bagi membetulkan minda rakyat Kelantan dengan semak fakta untuk membanteras fitnah supaya rakyat Kelantan tidak lagi termakan propaganda jahat dimana terdapat maklumat penipuan oleh parti tersebut dengan melalui agama untuk menutup kejahatan parti. Propaganda palsu dan jahat telah berada di Kelantan selama lebih 8 tahun.


Di luar radio, Kelantan FM boleh memainkan peranan penting di media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram dan X (Twitter).


==Bab pemancar frekuensi Kelantan FM==

Terdapat kawasan Kelantan tiada liputan Kelantan FM yang jelas atas fakta geografi.


FM 97.3MHz Bukit Bakar adalah pemancar utama Kelantan FM kerana ia meliputi seluruh negeri Kelantan secara am. Setakat ini, kuasa pemancar Kelantan FM 97.3MHz di Bukit Bakar ialah 2 kilowatt. Untuk meliputi kawasan Kelantan dengan lebih jelas, Kelantan FM 97.3MHz boleh ditambah kuasa pemancar Bukit Bakar kepada 5 kilowatt.


Dengan kuasa pemancar 5 kilowatt (5kW), Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar boleh didengari lebih jelas di kawasan pedalaman Kelantan seperti Dabong, Kuala Balah, Rantau Manis dan Limau Kasturi. Selain itu, FM 97.3MHz Bukit Bakar dengan kuasa pemancar 5kW boleh menyelesaikan masalah pemancaran Kelantan FM 107.2MHz di Dabong dimana frekuensi FM 107.2MHz selalu putus siaran.


Selain itu, Kelantan FM boleh menambah kuasa pemancar dari 0.1kW kepada 0.5kW untuk pemancar FM 90.0MHz Bukit Tangki Air di Jeli dan FM 92.0MHz Bukit Chupak di Bandar Gua Musang supaya penduduk di kawasan-kawasan ini boleh menerima siaran ini lebih jelas.

No comments:

Post a Comment