Sunday 24 April 2022

Molek FM boleh bersiaran di Kuantan, Pahang dengan menggunakan frekuensi Hot FM 92.4MHz, manakala Hot FM perlu mendapatkan frekuensi baru.

 

Ditulis oleh Philip Yong

philipyong0110@gmail.com

 

Kini sudah ada 3 bulan Molek FM bersiaran di Kota Bharu pada FM 105.1MHz dan Kuala Terengganu di FM 93.6MHz, tetapi Molek FM belum "landing" (mendarat) di negeri Pahang (Kuantan).

 

Sebelum ini, saya menulis artikel mengenai cadangan saya untuk memperluaskan siaran Molek FM ke negeri Pahang dengan membuat senarai frekuensi kosong yang sesuai digunakan.

 

Sekarang saya mempunyai pandangan lain mengenai Molek FM frekuensi Kuantan.

 

Media Prima Audio mempunyai 3 buah stesen radio di Kuantan, Pahang iaitu Hot FM 92.4MHz, Fly FM 87.6MHz dan 8FM 100.4MHz.

 

Saya pernah mengunjungi negeri Pahang pada tahun 2016, 2019 dan 2021. Saya boleh menerima siaran Hot FM 92.4MHz di banyak kawasan Pahang Barat dan Tengah iaitu Temerloh, Chenor, Bandar Bera, Raub, Manchis dan Bentong, cuma isyarat sederhana ke lemah.

 

Antara frekuensi radio Media Prima Audio di Kuantan, FM 92.4MHz adalah paling kuat dan luas. 

 

Di Chenor, Temerloh dan Bandar Bera, FM 92.4MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung masih jelas, saya dapat isyarat STEREO pada frekuensi 92.4MHz di Chenor.

 

Kalau saya berbanding dengan stesen radio lain di Kuantan, Hot FM 92.4MHz adalah stesen radio Kuantan yang paling luas pada sudut pemancarannya kerana isyaratnya masih boleh diterima di luar kawasan Kuantan seperti Maran, Bera, Jerantut, Muadzam Shah, Temerloh, Karak, Bentong, Jerantut dan Raub.

 

Justeru, saya boleh menerima siaran Hot FM 92.4MHz dari Bukit Pelindung di Simpang Durian dan Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan pada bulan Mac 2022. Juga di kawasan Genting Highlands pada tahun 2016.

 

Liputan Hot FM 92.4MHz lebih luas daripada Gegar FM 88.8MHz dan Manis FM 95.1MHz.

 

Hot FM dan Molek FM berada di bawah satu bumbung kerana kedua-dua stesen radio dimiliki oleh Media Prima Audio. Pada pandangan saya, Molek FM boleh melancarkan frekuensi Kuantan dengan menggunakan frekuensi Hot FM 92.4MHz, tetapi Hot FM perlu mendapatkan frekuensi baru Kuantan terdahulu sebelum Molek FM mengambil alih slot FM 92.4MHz di Kuantan.

 

Jika Molek FM bersiaran di Kuantan pada frekuensi FM 92.4MHz, saya mempercayai bahawa liputan Molek FM 92.4MHz akan lebih luas daripada pesaingnya iaitu Gegar FM 88.8MHz dan Manis FM 95.1MHz/103.8MHz di negeri Pahang.

 

Oleh kerana FM 92.4MHz dari Bukit Pelindung masih boleh diterima dengan isyarat sederhana di Chenor dan Maran, Molek FM tidak memerlukan frekuensi tambahan di Bukit Senggora untuk meliputi Pahang Tengah/Barat seperti Manis FM, kemungkinan Molek FM tidak memerlukan frekuensi Bukit Fraser jika FM 92.4MHz boleh dipancar sehingga Bentong dan Raub.

 

Di Muadzam Shah, Keratong dan Kuala Rompin, FM 92.4MHz masih boleh diterima isyarat lagi dari Bukit Pelindung. 

 

==Analisa frekuensi radio Pantai Timur di negeri Pahang== (tidak termasuk Manis FM 103.8MHz Bukit Senggora)

1. Gegar FM 88.8MHz 

88.7MHz: Traxx FM Gunung Telapak Burok

88.8MHz: Gegar Bukit Pelindung

<100kHz> (Gegar tidak boleh diterima di Muadzam Shah)


88.8MHz: Gegar Bukit Pelindung

88.9MHz: GoXUAN FM Gunung Ulu Kali

<100kHz> (Gegar tidak boleh diterima di Maran, Temerloh, Bentong, Chini, Bera)


2. Manis FM 95.1MHz

95.0MHz: Hitz FM Gunung Telapak Burok

95.1MHz: Manis FM Bukit Pelindung

<100kHz> (Boleh diterima di Muadzam Shah, tetapi ada gangguan siaran)


95.1MHz: Manis FM Bukit Pelindung

95.3MHz: Nasional FM Gunung Ulu Kali

<200kHz> (Gangguan siaran oleh Nasional FM di Temerloh, Bera)


3. Molek FM 92.4MHz

92.2MHz: Lite FM Gunung Ledang

92.4MHz: Molek FM Bukit Pelindung

<200kHz>


92.4MHz: Molek FM Bukit Pelindung

92.6MHz: Negeri FM Gunung Telapak Burok

<200kHz>


Pada sudut liputan siaran radio Melayu Pantai Timur di negeri Pahang dengan analisis frekuensi radio bersebelahan berikut atas, Molek FM mempunyai kelebihan, berbanding dengan Gegar dan Manis FM jika bertukar frekuensi dengan Hot FM di Kuantan.

 

Ada kelebihan jika Molek FM bersiaran di Kuantan pada 92.4MHz, manakala Hot FM bersiaran di frekuensi baru.

1. Molek FM 92.4MHz mempunyai jarak frekuensi sebanyak 0.2MHz dengan Lite FM 92.2MHz Gunung Ledang dan Negeri FM 92.6MHz Gunung Telapak Burok. Oleh itu, pendengar di kawasan Pahang Tengah/Barat/Selatan seperti Bera, Chenor, Temerloh, Teriang, Maran, Muadzam Shah dan Karak boleh mendengar siaran Molek FM 92.4MHz tanpa gangguan dari stesen radio lain.

 

2. Berbanding dengan pesaing Molek FM iaitu THR Gegar FM 88.8MHz dan Manis FM 95.1MHz, Molek FM 92.4MHz mempunyai kekuatan pemancar sebanyak 2kW di Bukit Pelindung yang membenarkan liputan luas di Pahang.

 

==Cadangan saya penukaran frekuensi stesen radio Media Prima Audio di Kuantan, Pahang==

* Molek FM: 92.4MHz (tukar dengan Hot FM)

* Hot FM: Frekuensi baru (cadangan saya: 102.2MHz) 

 

Di luar kawasan Kuantan, Pekan dan Gambang, Hot FM meliputi kawasan Pahang lain dengan frekuensi 97.6MHz, manakala 99.5MHz dan 104.3MHz sebagai frekuensi alternatif. 

 

Selain daripada kualiti kandungan dan senarai lagu Molek FM, liputan FM 92.4MHz di Kuantan yang luas juga membolehkan Molek FM untuk menjadi stesen no.1 di Pantai Timur pada masa depan.

No comments:

Post a Comment