Saturday, 9 November 2019

Suria FM 105.9MHz telah berhenti siaran dan frekuensi di Kota Kinabalu, Sabah




Stesen radio berbahasa Melayu, Suria FM telah menamatkan siarannya di Kota Kinabalu FM 105.9MHz sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Suria FM bersiaran di Kota Kinabalu pada frekuensi 105.9MHz sejak Disember 2005 semasa siaran percubaan dengan frekuensi Lembah Klang FM 105.3MHz. Suria FM bersiaran di Semenanjung Malaysia dan Kota Kinabalu Sabah, tetapi tidak bersiaran di Kuching Sarawak. Kemudian, Suria FM melancarkan Suria FM Sabah pada 2012 bagi menyasarkan pendengar di sekitar Pantai Barat Sabah dengan program tempatan Sabah. Suria Pagi Kinabalu berbeza kandungan dengan Ceria Pagi di Suria di negeri lain. Suria FM dimiliki Star Radio Group dengan pemegang lesen Rimakmur (M) Sdn Bhd, Suria FM Sabah bersiaran di studio Kota Kinabalu. Sejak 2016, bersama penutupan siaran stesen kembarnya Capital FM and Red FM, Suria FM Sabah telah ditutup pada tahun yang sama.

Setelah studio Suria FM Sabah telah ditutup pada 2016, frekuensi Kota Kinabalu FM 105.9MHz masih dikekalkan, dan bersiaran dengan kandungan sama seperti negeri lain, tetapi Suria FM 105.9MHz telah ditamatkan siaran di Kota Kinabalu pada tahun  2019.

Kemungkinan besar Suria FM tidak menarik pendengar dan iklan di Kota Kinabalu, ini menyebabkan frekuensi Suria FM di Kota Kinabalu yang dipancar dari Kota Kinabalu 105.9MHz sejak Julai 2019.

Apabila saya berada di Kota Kinabalu kerana saya mempunyai projek syarikat di Lawas, Sarawak, FM 105.9MHz tiada lagi apa-apa isyarat atau kandungan Suria FM di Kota Kinabalu, frekuensi tersebut telah kosong. Pada masa itu, saya menyedari bahawa Suria FM sudah berhenti di Kota Kinabalu. Jika saya berkata Suria FM 105.9MHz mengalami masalah pemancar, ia tidak mungkin berlaku kerana masalah pemancaran seperti alat pemancar rosak (transmission down time) tidak berlaku lebih 1 bulan.

Apa saya mungkin menyedari tentang penutupan siaran Suria FM di Kota Kinabalu ialah pendengar di Sabah lebih suka mendengar stesen tempata (seperti Era Sabah, RTM Sabah FM, Kupi-Kupi FM, Voice of Kinabalu VOKFM, KK12FM, Hitz Sabah, TEA FM dan MY Sabah) daripada stesen nasional yang berasal daripada Semanjung Malaysia (Kuala Lumpur). Sebab utamanya, program stesen radio tempatan Sabah memberi lebih tumpuan kepada pendengar Sabah. Era Sabah ialah contoh, stesen tersebut bersiaran di Sabah 24 jam tanpa menyambung siaran daripada Era Semenanjung. Di samping itu, Kupi-Kupi FM 96.3MHz lebih terkenal di Kota Kinabalu, stesen tersebut bersiaran dalam Bahasa Melayu Sabah dengan lagu etnik Sabah (Murut, Kadazan, Dusun, Bajau dan Cina Sabah) dimana lebih mendekati hati pendengar Sabah.

Setelah Suria FM menamatkan pemancaran frekuensi FM 105.9MHz di Kota Kinabalu, ini bermakna bahawa Suria FM hanya bersiaran di Semenajung Malaysia setelah "keluar" dari Kota Kinabalu, bersama dengan stesen kembarnya 988FM dimana stesen 988 tidak bersiaran di Sabah dan Sarawak. Secara umumnya, Star Radio Group tidak lagi bersiaran di Sabah untuk mana-mana stesen radio, kumpulan tersebut dijadikan syarikat penyiarian "Semenanjung Malaysia sahaja".



No comments:

Post a Comment