Pada masa sekarang, Kool FM belum sampai ke kawasan Pahang, namun Kuantan belum ada Kool FM.
Kita tahu Bukit Pelindung boleh meliputi kawasan Pahang Timur dengan jelas, ia juga pemancar utama di negeri Pahang, iaitu ibu negerinya, Kuantan.
Bukit Pelindung meliputi Kuantan, Pekan, Gambang, dan Terengganu Selatan. Kawasan selain dari Pahang Timur tidak boleh menerima signal Bukit Pelindung.
Biasanya Pahang Barat menerima siaran radio dari Gunung Ulu Kali, kawasanya seperti Temerloh, Bentong, Bera, Lipis dan Raub. Frekuensi Lembah Klang Kool FM 101.3MHz terletak di Bukit Sungai Besi, ini menyebabkan kawasan Pahang Barat tidak boleh menerima Kool FM. Dengar khabar angin pemohonan pemindahan tempat pemancar Kool FM ke Gunung Ulu Kali telah ditolak akibat gangguan kepada stesen radio yang tersedia ada. Sebenarnya Kool FM 101.3MHz hanya ada jarak 200kHz dengan stesen lain, tiada masalah secara umumnya. Pada masa yang sama, menara pemancar Gunung Ulu Kali penuh juga salah satu faktor Kool FM tidak dapat pergi situ.
==Kool FM Gunung Ulu Kali==
101.3MHz: Kool FM Gunung Ulu Kali
101.5MHz: THR Raaga Gunung Telapak Burok
<200kHz OK>
101.3MHz: Kool FM Gunung Ulu Kali
101.5MHz: Lite FM Gunung Kledang
<200kHz OK>
Ada contoh stesen radio lain antara Ulu Kali dengan Telapak Burok/Kledang mempunyai jarak 200kHz, seperti:
98.6MHz: Fly FM Gunung Telapak Burok
98.8MHz: 988 Gunung Ulu Kali
89.7MHz: Ai FM Gunung Telapak Burok
89.9MHz: BFM Gunung Ulu Kali
98.3MHz: Radio Klasik Gunung Ulu Kali
98.5MHz: Melody FM Gunung Kledang
Jika Kool FM masih tidak dapat memindah pemancar 101.3MHz ke Gunung Ulu Kali, secara alternatif Kool FM boleh menambah 1 pemancar Seremban di Gunung Telapak Burok, sekurang-kurangnya boleh meliputi beberapa kawasan Pahang Barat. Gunung Telapak Burok bukan sajanya meliputi Negeri Sembilan (seperti Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol Tengah, dan Rembau Utara) dan Selangor Selatan, ia boleh meliputi kawasan Pahang juga.
Untuk frekuensinya, agak sesak di Negeri Sembilan juga. Selepas saya "scan" (mencari) frekuensi kosong dengan menggunakan penerima radio, 102.1MHz hanya frekuensi kosong yang mungkin sesuai digunakan.
==Cadangan anternatif frekuensi Kool FM untuk Pahang Barat/Tengah==
Frekuensi: FM 102.1MHz (frekuensi terakhir di Negeri Sembilan)
Kuasa: 2kW (secara standard)
Tempat pemancar: Gunung Telapak Burok, Negeri Sembilan
Bagi meliputi kawasan Pahang Tengah dan sebahagian Pahang Barat, antenna pemancar Kool FM 102.1MHz Gunung Telapak Burok perlu tala ke arah timur laut. Selain itu, pemancar Kool FM Telapak Burok perlu kurang tala ke arah selatan untuk mengelakkan gangguan liputan kepada Melaka FM 102.3MHz di Melaka.
==Kool FM Negeri Sembilan/Pahang Tengah==
101.8MHz: MY FM Gunung Ulu Kali
102.1MHz: Kool FM Gunung Telapak Burok
<300kHz, OK>
102.1MHz: Kool FM Gunung Telapak Burok
102.3MHz: Melaka FM Gunung Ledang
<200kHz, OK>
Dengan frekuensi Seremban Kool FM dari Gunung Telapak Burok, Kool FM sekurang-kurangnya boleh diterima di kawasan Pahang bawah berikut:
- Bandar Bera
- Keratong
- FELDA Tembangau
- Teriang
- Temerloh
- Chenor
- Mentakab
- Lanchang
- Manchis (kawasan luar bandar Bentong)
Mungkin kawasan Jerantut boleh menerima siaran Kool FM dari Seremban juga, walaupun tiada pemancar Gunung Ulu Kali.
Tetapi Karak, Bentong, Raub, Lurah Bilut, dan Lipis tidak akan menerima siaran Kool FM dari Gunung Telapak Burok akibat kawasan tersebut dilindungi banjaran Titiwangsa.
Pada masa yang sama, selain daripada frekuensi Kuantan Kool FM di Bukit Pelindung untuk Pahang Timur dan frekuensi Negeri Sembilan Kool FM di Gunung Telapak Burok untuk Seremban dan Pahang Tengah, frekuensi Melaka Kool FM di Gunung Ledang juga diperlukan bagi meliputi kawasan Pahang Selatan seperti Kemayan, Keratong, Rompin dan Muadzam Shah.
No comments:
Post a Comment