[Dipetik daripada JohorTimes Facebook pada 01 Ogos 2016]
"BEST FM KE UDARA DI PANTAI TIMUR TAHUN DEPAN
JOHOR BAHARU: Ketua Pegawai Eksekutif stesen radio Best FM, Yusry Abu Samah berkata, Best FM bakal memperluaskan siarannya ke kawasan pantai timur awal tahun hadapan.
Best FM kini sedang giat melakukan persiapan mengikut kehendak pendengar termasuk mencari penyampai radio dari kawasan pantai timur. Yusry berkata selain mencari penyampai radio, pihaknya turut merancang memperkenalkan segmen bersifat ketimuran seperti menggunakan dialek pantai timur.
Best FM meliputi siaran di Johor, Singapura, Melaka, Negeri Sembilan, Lembah Klang, selatan Perak dan Pahang Barat.
Ia diiktiraf sebagai Stesen Radio Bahasa Malaysia nombor satu tertinggi dari segi jumlah masa mendengar paling lama di Malaysia iaitu selama 14 jam 24 minit tahun lepas hasil kajian dikendalikan AC Nielsen."
Pada masa sekarang, terdapat stesen baru sedang menjalankan siaran percubaan di Terengganu dan Kelantan.
FM 91.4MHz dari Telipot untuk Kota Bharu, dan FM 90.9MHz Bukit Besar untuk Terengganu.
Berdasarkan pada khabar angin daripada pendengar di Kelantan dan Terengganu, stesen percubaan ini memainkan lagu berbahasa Melayu, termasuk loghat pantai timur. Dengar khabar angin juga mengatakan siaran percubaan baru ini adalah Best FM yang bakal memperluaskan siaran ke Pantai Timur. Saya mempercayai Best FM juga bakal udara ke Kuantan pada masa yang sama sebagai strategik mereka.
Apa-apa berita, nantikanlah perkembangannya...
Jika Best FM bakal udara ke Pantai Timur, frekuensinya akan diperluaskan lebih besar.
FM 104.1MHz: Lembah Klang, Perak Selatan & Pahang Barat
FM 94.8MHz: Melaka, Johor Utara & sebahagian Negeri Sembilan
FM 102.5MHz: Johor Timur
FM 104.1MHz: Johor Bahru, Singapura & Kepulauan Riau
FM 101.1MHz: Seremban (cadangan sahaja)
FM 91.4MHz: Kota Bharu (ujian)
FM 90.9MHz: Kuala Terengganu (ujian)
FM 102.2MHz: Kuantan (cadangan sahaja)
No comments:
Post a Comment