Di Taiping dan Perak Utara, IKIM.FM hanya 102.7MHz dari Gunung Kledang, Ipoh boleh menerima di situ, tetapi penerimaannya tidak jelas serta tiada signal. Sebelum ini, saya pernah mencadangkan beberapa frekuensi kosong kepada IKIM.FM bagi kawasan Perak Utara/Taiping supaya penerimaannya lebih jelas di kawasan situ. Frekuensi yang saya pernah cadangkan untuk IKIM.FM Bukit Larut ialah 92.4MHz, 93.2MHz atau 105.7MHz, tetapi IKIM.FM membalas mesej saya, mengatakan pemohonan frekuensi baharu di Taiping yang dibuat oleh IKIM.FM telah ditolak oleh pihak SKMM kerana tiada frekuensi kosong. Pada pandangan saya, kemungkinan frekuensi yang saya mencadangkan ditempah oleh stesen radio lain atau frekuensi tersebut mungkin bertembung dengan frekuensi radio di Baling, Kedah, seperti 92.4MHz dan 93.2MHz.
102.7MHz dari Bukit Genting hanya meliputi kawasan barat daya Pulau Pinang seperti Balik Pulau dengan jelas sahaja.
"Aduan masalah di KEDAH-PULAU PINANG-PERAK UTARA sudah dibuat sejak IR Ahmad Jais Alias menjadi Jurutera IKIM.fm lagi dan Jurutera IKIM selepas beliau. Tapi malang sekali jawapan yg saya terima dari EMAIL jurutera ketika itu tidak mencerminkan keperibadian seorang JURUTERA di radio Islam. Dan masalah itu tidak diselesaikan sehinggalah sekarang. (email bertarikh 29 Dis 2006)", oleh AZwan MuHammad (komen di Facebook IKIM.FM pada 13 June 2013).
Biasanya IKIM.FM pada 89.0 MHz dari Gunung Jerai boleh didengari dengan jelas di Taiping, Perak Utara serta Pulau Pinang pada masa yang dulu sebelum frekuensi 102.7MHz Balik Pulau dilancarkan, tetapi sejak kebelakangan ini 89.0 MHz tiada siaran di kawasan tersebut. Red FM boleh didengari dengan jelas dan kuat pada 98.1 MHz dari Gunung Jerai walaupun Red FM tidak mempunyai frekuensi Taiping (dulu Red FM di Taiping ialah 98.2 MHz, tetapi siaran ditamatkan pada Mei 2009). Tempat pemancar bagi kedua-dua stesen radio terletak di Gunung Jerai juga. Dulu kawasan Taiping boleh menerima IKIM.FM pada 89.0 MHz atau 102.7 MHz, bergantung kepada kawasan, tetapi penerimaan 102.7 MHz lebih bising and banyak gangguan setelah frekuensi Balik Pulau 102.7MHz dilancarkan.
Sebenarnya terdapat frekuensi kosong di Taiping, tetapi pada pandangan saya, 105.7MHz lebih sesuai digunakan oleh IKIM.FM di Bukit Larut daripada 92.4MHz dan 93.2MHz jika meliputi kebanyakan kawasan Perak Utara (termasuk Selama, Lawas, Gerik, Lenggong, hingga Klian Intan dan Pengkalan Hulu), serta Pulau Pinang (Seberang Perai & Georgetown). Sebagai contohnya, jika IKIM.FM menggunakan frekuensi 105.7MHz di Bukit Larut, kawasan Pulau Pinang boleh didengari lebih jelas daripada 102.7MHz yang lemah, 105.7MHz lagi jelas di Jambatan Pulau Pinang, tetapi pemancar Bukit Penara ialah terbaik bagi kawasan Pulau Pinang....
105.7MHz dari Bukit Larut boleh memancar sampai kawasan Klian Intan, Pengkalan Hulu, Betong (Thai) serta sedikit bahagian wilayah Yala, Thailand daripada 92.4MHz dan 93.2MHz..
Setakat ini penerimaan IKIM.FM 102.7MHz di Taiping dan Perak Utara agak lemah, boleh dengar bunyi bercampur-baur dan bising kerana pertembungan frekuensi yang sama antara pemancar Balik Pulau (Bukit Genting) dan Gunung Kledang (Ipoh dan Perak Tengah).
Kawasan Lenggong, Gerik... Tiada signal pada 102.7MHz, manakala 89.0MHz lemah...
Terdapat juga beberapa cara boleh menyelesaikan masalah penerimaan radio IKIM.FM yang lemah di Pulau Pinang/Perak Utara. Antaranya ialah IKIM.FM perlu meningkatkan pemancar Gunung Jerai 89.0MHz kepada 10kW seperti RED FM 98.1 dan 988 96.1. Oleh itu, kawasan Perak Utara dan Pulau Pinang boleh menerima siaran IKIM.FM 89.0MHz dari Kedah dengan penerimaan yang sederhana.
Selain itu, IKIM.FM perlu menukar pemancar Pulau Pinang 102.7MHz ke Bukit Penara. Untuk mengelakkan pertembungan frekuensi IKIM.FM 102.7 dari Gunung Kledang dan Bukit Penara, Penang di kawasan Perak Utara, frekuensi IKIM.FM perlu ditukar ke 102.9MHz. Asasnya, IKIM.FM patut meletakkan frekuensi Pulau Pinang pada 102.9MHz dan tempat pemancarnya di Bukit Penara. Pada masa yang sama, IKIM.FM perlu meningkatkan kekuatan pemancar Bukit Penara (102.9MHz) kepada 5kW atau 10kW. Dengan kekuatan pemancar yang tinggi, kawasan Perak Utara, Taiping dan Pulau Pinang boleh menerima siaran IKIM.FM lebih jelas. Justeru, IKIM.FM juga perlu mengadakan frekuensi Bukit Penara 102.9MHz, bagi menggantikan pemancar Bukit Genting.
Kesimpulannya, pendengar IKIM.FM boleh mengikuti siaran IKIM.FM di Perak Utara dan Pulau Pinang melalui frekuensi 102.7MHz dari Gunung Kledang atau 102.9MHz dari Bukit Penara. Selain itu, kawasan Perak Utara dan Pulau Pinang boleh menerima siaran IKIM.FM pada frekuensi Bukit Larut (terutamanya 105.7MHz) dengan jelas, manakala frekuensi Balik Pulau 102.7MHz yang lemah tidak diperlukan jika pemancar IKIM.FM Gunung Jerai 89.0MHz boleh meliputi seluruh negeri Pulau Pinang.
Pada pandangan saya, kawasan liputan pemancar Bukit Larut lebih luas daripada Bukit Penara.
Peta liputan pemancar radio di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Kuning: Gunung Jerai (89.0MHz)
Hijau: Bukit Larut (105.7MHz; cadangan sahaja)
Merah jambu: Gunung Kledang (102.7MHz)
Ungu: Bukit Penara (102.9MHz; cadangan sahaja)
GOOD COMMENT
ReplyDeleteikim fm can be received in Taiping and Penang clearly on FM 89.0MHz
Delete